Jika anda mengalami
berat badan yang berlebihan???????
1. air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.
Caranya: Sediakan
dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya
ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan
tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.
Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa
akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam
jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda
jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap
hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
3. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah
dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan
teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini
dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk
orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment