Dah Singgah Sudi Follow | Dashboard | +Follow
WELCOME TO MISS QARINA QARANIA BLOGSPOT

Wednesday, 23 April 2014

Nasi ayam

Cara buat sup ayam :-

3 ulas bawang putih (dihiris)
6 ulas bawang merah (dihiris)
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
1 labu bawang besar kuning (dihiris)
3 - 4 kiub ayam 
Garam secukup rasa
1 ekor ayam (potong ikut saiz yang dikehendaki)

Cara-caranya :

Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia tadi, bila dah garing, masukkan air mengikut seberapa banyak yang  diperlukan untuk memasak nasi nya nanti dan juga untuk kuahnya. Bila sudah mendidih, masukkan kiub ayam dan masukkan ayam dan letak garam secukup rasa. Ayam tu rebuskan sekejap sahaja sebab nanti nak diperapkan untuk di goreng.

Untuk menyediakan nasi pula :

Panaskan sedikit minyak, tumis 1 batang kulit kayu manis, 3 biji bunga lawang, 2 biji buah pelaga, 3 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah dengan sedikit minyak atau marjerin, bila dah garing masukkan beras yang sudah dibersih dan ditoskan terlebih dahulu, balik-balik kan beras dan boleh lah padamkan api. Masukkan air rebusan ayam tu mengikut sukatan biasa bila kita memasak nasi putih dan tanaklah seperti biasa menggunakan periuk nasi kita tu.

Sediakan sayur salad, timun dan tomato. Untuk kicap pula campurkan kicap pekat pada kuah sup yang sedia ada dan untuk kuah cili tu pula, blendkan 5-6 batang cili merah, seulas bawang putih dan didihkan sekejap, letak lah sekeping asam keping dan sedikit garam, kalau nak letak gula sikit pun boleh, kalau ada yang suka pekat bolehlah letakkan bancuhan tepung jagung.

Ayam yang dah direbus sekejap tadi tu perapkan dengan sos tiram dan gorenglah seperti biasa.




No comments:

Post a Comment