Dah Singgah Sudi Follow | Dashboard | +Follow
WELCOME TO MISS QARINA QARANIA BLOGSPOT

Tuesday, 23 December 2014



Hari nie kite nak tunjuk beberapa cara masakan ikan.... tunjuk yg simple...dan yg penting sedap sehingga menjilat jari.... #ada tujuan juga kenapa sejak semenjak nie asyik belajar masak makanan ikan jew...# juz nak gtaw #insya Allah bakal kite # suke makan ikan # doakan kami yer... #amin


IKAN BAWAL MASAK KARI

Bahan-Bahan:
3 ekor ikan bawal hitam dikerat dua
1 biji kelapa
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia1 pekat rempah kari ikan
2 biji terung
1 sudu teh halba campur
Sedikit asam jawa
Sedikit garam

Cara:
Bersihkan ikan & ditoskan. Perahkan santan kelapa dan asingkan patinya. Tumiskan halba campur bersama bawang merah, bawang putih & halia yang telah ditumbuk halus. Apabila sudah garing masukkan serbuk kari & biarkan seketika sehingga pecah minyak. Masukkan santan & perahan air asam jawa bersama-sama terung, apabila menggelegak masukkan ikan & biarkan seketika sehingga masak.



IKAN KEMBUNG CILI API



Bahan-Bahan:
ikan kembung 5 ekor
kunyit
garam

bahan untuk sambal
cili api (berape banyak terpulang pada kesukaan untuk pedas)
bawang putih
bawang merah
asam keping 2 keping

Cara:
goreng ikan sehingga garing.
kisar bahan sambal sehingga hancur.
kemudian tumiskan bahan sambal sehingga pecah minyak.
tambah air agak2 untuk ada kuah.
letakkan juga asam keping.
akhir sekali letak pula ikan yang sudah digoreng tadi ke dalam sambal tu.
dan sedia dihidang..
Cadangan Hidangan:
sedap dimakan dengan nasik panas..






IKAN MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
4 ekor ikan cencaru (disiang & dibiarkan)
2 camca air asam jawa
2 cawan air
1 camca garam
3 camca minyak makan
13 cm serai (dititik)2 labu bawang besar (dihiris bulat-bulat)
30 ml puri tomato ]
1 ½ cawan air
Garam secukup rasa

Cara:
Pertasakan ikan dalam larutan asam jawa selama 10-15 minit.Toskan. Pijarkan minyak atas api yang sederhana.Tumiskan bahan tumbuk & serai hingga keluar minyak. Masukkan bawang besar & masaklah hingga ia layu. masukkan puri tomato & 1 cawan air,kacau rata-rata masak hingga mendidih,kemudian kecilkan api & didihkan perlahan-lahan hingga minyak timbul. Masukkan ikan & masaklah selama 5 minit. Balikkan ikan & masak terus hingga hampir empuk ikannya. Masukkan air asam jawa & garam perlahan-lahan.Masukkan air selebihnya jika masakkan itu terlalu kering. Masaklah hingga ikan cukup empok & isikan ke dalam mangkuk.Hiaskan mengikut suka. Hidangkan panas-panas atau sejuk dengan nasi putih.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja




IKAN BAWAL MASAM MANIS

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal
1 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
2 biji cili merah ]
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum2 sudu besar sos cili
50 ml air
1 sudu kecil air limau nipis
Minyak masak
Garam dan gula

Cara:
Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit.

Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar.

Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.


IKAN SUMBAT
Bahan-Bahan:
Ikan cencaru
Cili merah 2 biji
Cili api 5 biji (boleh ditambah sekiranya ingin yg pedas)
Minyak secukupnyaBawang besar 1 ulas
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukupnya

Cara:
Mesin cili merah, cili api, bawang besar, bersama air asam jawa. Kemudian tumiskan bahan yg telah dimesin sehingga kering. Masukkan juga garam dan ajinomoto sesedap rasa. Setelah sambal dimasak, sumbatkan sambal ke dalam ikan dan goreng sehingga garing.
Tambahan:
Sambal hendaklah dimasak sehingga kering supaya ia tidak terkeluar semasa mengoreng bersama ikan.




SARDIN MASAK SIMPLE

Bahan-Bahan:
1 Tin ikan Sardin
Sebiji bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
1 biji buah Tomato
1 biji Lada Merah
Sos ciliSedikit Kobis Bunga
Garam
Gula
Sedikit Minyak Masak

Cara:
1.Kisar 1/2 bawang besar.Bawang Putih,lada Merah dan tomato Hingga halus.
2.Panaskan minyak masak,masukkan kesemua bahan kisar dan tumis sehingga semua bahan garing dan berbau wangi.
3.Masukkan ikan sardin dan sos cili beserta sedikit bunga kobis.
4.Akhir sekali masukkan,gula dan garam.
Cadangan Hidangan:
Enak di makan bersama nasi atau roti.

BISMILLAH YER KAWAN :)

No comments:

Post a Comment