Dah Singgah Sudi Follow | Dashboard | +Follow
WELCOME TO MISS QARINA QARANIA BLOGSPOT

Tuesday, 23 December 2014


hyeee guys... lama gler x update blog..maklumla...bz cgt sejak semenjak nie...mana xnye...dgn opis la..  stdy la... my fierce la...my family.... so now ada time nak update... hari nie kite nak citer pasal beberapa resepi... blh la try buat yer...sbb sume resepi nie kite dah buat dan makan....ehehehee... alhamdulilah sedap...nyumxxxx....

  BUBUR AYAM
Bahan-Bahan:
300 gm beras, dicuci bersih
2 sm halia, dititik
3 batang serai, dititik
½ ekor ayamAir secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun sup

Cara:
Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur. Masukkan garam. Kacau hingga rata. Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam. Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata. Masak sebentar lagi baru diangkat. Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup.

AYAM DAN SAYUR MASAK PAPRIK


Bahan-Bahan:
500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

Cara:
Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.
Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.




AYAM ALA SIMPLE

Bahan-Bahan:
600 gm ayam
1 paket serbuk kari ikan (Adabi)
½ botol sos tomato
¾ gelas air masak
Bawang goreng untuk ditabur


Cara:
Basuh ayam dan dipotong kecil

Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan perap selama 1/2 jam.

Letakkan ayam di dalam kuali, air masak dan tomato sos.

Masak dengan api sederhana sehingga ayam empuk.

Angkat dan taburkan bawang goreng.
Tambahan:
Nota: Seeloknya ayam dimasak di dalam kuali yang bertutup.


HOT DOG WITH EGG

Bahan-Bahan:
1 biji telur
1 roti hotdog
1 batang hotdog
Lada hitam
Salad3 hiris timun
Cili sos
Mayoneese
Planta

Cara:

mula mula panaskan kuali leper. belah roti hotdog tapi jangan putus. sapu planta di roti hotdog dan bakar ia di atas kuali leper yang telah panas tadi sehingga kekuningan. Selepas siap, letak roti itu di dalam pinggan dan susun timun dan salad. hias ia dengan sos cili dan mayoneese. menggunakan periuk leper tadi, goreng hotdog dengan planta dan lada hitam.selepas itu, letak hotdog yang telah siap digoreng ke dalam pinggan asing. menggunakan kuali leper tadi, pukul telur dan goreng ia. tebarkan menjadi sebesar kuali leper itu.letak hotdog yang siap digoreng di atas telur goreng dan gulungkan hotdog itu. letak ia diatas roti hotdog...........



# Selamat Mencuba Yer Kawan2..... :)




No comments:

Post a Comment